Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memberi amaran kumpulan pengganas Daish semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka.
Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan itu bertekad menyebarkan ideologi militan dan keganasan serta merekrut ahli baru dalam kalangan rakyat Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.
Malah kumpulan itu turut mengeluarkan majalah digital propagandanya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, katanya kepada Bernama.
Selain itu, kumpulan berkenaan juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ayob Khan berkata kandungan majalah itu dipercayai banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangannya melabelkan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk yang diamalkan di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka.
Katanya hasil soal siasat mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan Daish serta rampasan buku, menunjukkan ramai antara mereka cuba 'menghalalkan' perbuatan itu dengan merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah.
Ayob Khan berkata dalam menangani perkara itu, Bahagian Counter Terrorism sering memantau penyebaran terbitan Daish dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia memasuki negara ini.
"Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang mampu mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini," kata Ayob Khan.
Sebelum ini, tindakan pantas SKMM berjaya menyekat penyebaran akhbar digital Daish yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.
Bernama
Wed Aug 10 2016
![Daish 'semakin agresif' - Cawangan Khas Bukit Aman Daish 'semakin agresif' - Cawangan Khas Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469260709_SuspekDaish.jpg)
Daish kini mengeluarkan majalah digital propagandanya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Iraq umum ketua Daesh dibunuh Iraq umum ketua Daesh dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729631518_MohammedShiaalSud.jpg)
Iraq umum ketua Daesh dibunuh
Katanya, gabenor yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan itu dan lapan yang lain maut dalam operasi antikeganasan di Pergunungan Hamrin.
![Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719463761_TBMahkamahSesyen.jpg)
Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.
![Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719398317_tbSaifuddinNasution.jpg)
Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.
![Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719299108_MuhammadMuzzammilM.jpg)
Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh
Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, dan mengaku menjadi ahli.
![Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719293418_tbsuamiisteri.jpg)
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719222300_TBSaifuddinNasution.jpg)
Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
![Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718020878_SyrianDemocraticFo.jpg)
Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia
Tentera Syria dan kumpulan pengganas Daesh sekali lagi bertempur dalam serangan paling hebat dilaporkan di tengah Syria, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
![Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701644566_TBPHILIPINEEXPLOSION.jpg)
Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom tersebut.
![3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa 3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674803551_TBpakistan.jpg)
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
![Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691992088_attackIran.jpg)
Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.