Berikutan cara terbaru yang digunakan kumpulan pengganas Daish untuk menyebarkan propaganda mereka melalui Internet, para pakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya serta ancaman penyerang solo yang menjalani radikalisasi kendiri.
Menurut mereka, rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daish menyeru rakan senegara mereka supaya berjuang bersama kumpulan itu setelah kumpulan pengganas tersebut mengiktiraf kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina sebagai sebahagian daripada anggota "khalifah" Negara Islam.
Penganalisis politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata kini, Daish menggalakkan penyokong mereka "berjihad" di negara masing-masing, tanpa perlu membentuk sebarang pertubuhan.
Beliau merujuk kepada video menggerunkan selama 21 minit yang dimuat naik di media sosial pada 23 Jun yang menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai saudara mereka di Filipina yang diamanahkan Daish menerajui "tentera khalifah" tersebut.
Video itu menunjukkan rakyat Malaysia, Mohd Rafi Udin, juga dikenali sebagai Abu Aun al-Malysi, menyeru mereka yang bersimpati dengan Daish, tetapi tidak dapat ke Mindanao, supaya melancarkan "jihad" mereka secara bersendirian di bumi Malaysia dengan menggunakan apa jua cara yang mereka mampu.
Mohd Rafi berkata mereka yang melafazkan sumpah taat setia kepada gerakan "khalifah' itu, walaupun hanya di dalam hati, perlu membunuh semua pihak yang menentang mereka, tanpa mengira tempat dan dengan apa jua cara sekali pun.
“Bunuhlah mereka di mana saja kalian ketemu mereka. Kalian punya kenderaan, langgarlah mereka. Kalian punya senjata atau hanya pisau kecil, tikamlah dada mereka. Jangan kalian takut,” kata Mohd Rafi dalam video itu.
Menurut Maszlee, apa yang jelas daripada video itu ialah Daish menggalakkan penggunaan kaedah baharu untuk melakukan kemusnahan - serangan secara solo.
“Serangan secara solo dilakukan individu yang menjalani radikalisasi kendiri dan bersimpati dengan Daish. Mereka sanggup melakukan serangan secara bersendirian dan menganggapnya sebagai suatu ‘jihad’.
“Inilah yang berlaku di Puchong. Seruan Rafi Udin itu jelas sekali merupakan suatu perintah daripadanya kepada penyerang solo. Ia bukan serangan yang diatur atau dirancang dengan kemas.
"Beberapa individu yang bersimpati dengan kumpulan itu menyahut seruan tersebut untuk melancarkan serangan secara bersendirian," katanya.
Pada 28 Jun, lapan orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah pusat hiburan di Puchong. Polis kemudian mengsahkan letupan itu adalah angkara dua penyokong Daish.
Ketika menyuarakan kebimbangan serupa, pakar geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata propaganda Daish merupakan" lakonan kelas satu" yang mampu menawan simpati orang ramai terhadap kumpulan itu.
Menurut beliau, ikrar taat setia kumpulan Abu Sayyaf terhadap Daish akan mendorong mereka yang bersimpati dengan Daish untuk menyertai kumpulan itu.
“Tanpa perlu pergi ke Syria atau Iraq, sekarang mereka boleh pergi ke selatan Filipina dan berjuang di samping Abu Sayyaf. Ini memberi tekanan secara langsung kepada negara kita kerana radikalisasi boleh berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Azmi berkata penggabungan itu juga bermakna Abu Sayyaf akan mendapat bantuan dalam bentuk wang dan kepakaran daripada Daish.
Walaupun tidak pasti sama ada Abu Sayyaf sudah menerima bantuan itu, tetapi kata beliau, hubungan tersebut adalah sesuatu yang amat berbahaya bagi Malaysia dan rantau ini.
Bernama
Sun Aug 07 2016

Dr Maszlee Malik merujuk kepada video menggerunkan yang dimuat naik di media sosial pada 23 Jun yang menyeru rakyat Malaysia menyertai saudara mereka di Filipina yang diamanahkan Daish menerajui "tentera khalifah" tersebut. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.

Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.

Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.

ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.

Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).

Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.

Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.

Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.

Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.