Daish di Asia Tenggara ancam belia negara - Khairy
Astro Awani
Jun 11, 2017 12:23 MYT
Jun 11, 2017 12:23 MYT
Penyusupan militan Daish dengan menubuhkan kubu di Asia Tenggara mengundang risiko belia di negara ini lebih mudah ditarbiyah dan direkrut.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penularan pengaruh militan itu bakal mencetuskan kemungkinan serangan yang didalangi hanya seorang individu atau 'lone wolf' di Malaysia semakin meruncing.
Serangan 'lone wolf' ujarnya paling sukar dikesan kerana gerakan itu memadai dengan sebutir bom dan diletupkan di kawasan sasaran.
Menerusi Twitternya, Khairy bimbang dalam konteks majoriti rakyat Malaysia yang terbabit dalam Daish adalah daripada golongan belia yang radikal.
Tegasnya, perkembangan ini adalah ancaman keselamatan nombor satu negara.