Daging Ramly halal, tiada penglibatan orang tengah - Ramly Mokni

Astro Awani
Disember 28, 2020 08:25 MYT
RAMLY: RFPSB adalah sebuah syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitikberatkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu lagi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFPSB) menegaskan hanya mengimport daging daripada pengeluar luar negara yang dipantau secara berkala oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Susulan itu syarikat daging sejuk beku dan burger tersebut dalam kenyataan berkata daging-daging yang diimport itu disahkan halal dan tiada penglibatan orang tengah.
"RFPSB merupakan syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitik berat serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu lagi," katanya.
Terdahulu dalam kenyataan sama, RFPSB menyambut baik saranan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya tiada mana-mana pihak mengulas lanjut isu tersebut selagi siasatan penuh belum selesai.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.
BACA: Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim
#JAKIM #Ramly Food Prosessing #RFPSB #Ramly Mokni #Abdul Aziz Jusoh #KPDNHEP #kartel daging
;