Daging gelembung putih dijangkiti kuman?

Sinar Harian
Ogos 20, 2018 13:28 MYT
Pakar perubatan, Dr Suhazeli Abdullah dalam Facebooknya menyatakan, kuman tuberculosis bovis terlalu sukar tumbuh di daging atau tulang. - Gambar Sinar Harian
Auta
TERSEBAR di media sosial gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih dan dikatakan telah dijangkiti kuman tuberculosis bovis.
Kuman itu disamakan dengan penyakit tuberkulosis dalam kalangan manusia.
Fakta
Pakar perubatan, Dr Suhazeli Abdullah dalam Facebooknya menyatakan, kuman tuberculosis bovis terlalu sukar tumbuh di daging atau tulang.
“Tuberkulosis bovis dalam haiwan majoriti terdapat dalam paru-paru haiwan berkenaan. Kuman itu juga tidak mudah menjangkiti manusia kerana mempunyai struktur biologi berbeza.
“Walaupun jangkitan boleh berlaku tetapi terlalu amat jarang,” katanya.
Menurutnya, kajian yang dijalankan di luar negara mendapati punca gelembung itu terbentuk kerana struktur daging rosak.
“Pendedahan kepada alam sekeliling dan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan daging tersebut rosak. Ia juga bukan akibat dari bahan kimia plastik pembungkus atau pengawet yang digunakan,” katanya.
#bahan kimia #daging lembu #Facebook #perubatan #plastik pembungkus #tuberkulosis bovis
;