Daddy minta maaf, Gina, tidak dapat bersama hari ini - Najib
Rahimah Abdullah
Mei 31, 2019 14:26 MYT
Mei 31, 2019 14:26 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih apabila tidak dapat bersama-sama meraikan hari graduasi anak perempuannya, Gina di Universiti Harvard.
Bekas perdana menteri itu tidak dapat ke luar negara selepas diarahkan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah susulan kes pendakwaan yang dihadapi ketika ini.
Melalui status di akaun Facebook, Najib bagaimanapun bangga dengan kejayaan anaknya itu.
"Anak saya, guys. Hari ini terima ijazah sarjana dari Harvard. Sebagai bapa, saya berasa amat sedih tidak dapat berada di sana meraikan detik ini.
"Kerajaan PH menghalang saya ke luar negara. Malah saya ke mana-mana di Malaysia pun mereka tak selesa sampai repot polis.
"Daddy minta maaf, Gina, tidak dapat bersama hari ini. I am so proud of you," katanya di akaun Facebook.