KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.
CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan.
Menurutnya, mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.
"Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan. Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan," menurut kenyataan itu.
CyberSecurity Malaysia berkata, penipu menggunakan teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantunya keluar dari krisis atau kes kecemasan serta berjanji akan membuat pembayaran balik.
Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej itu dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang.
"Nasihat kami agar orang ramai tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui WhatsApp. Jangan buat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan kenalan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details... - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pembangunan digital ASEAN perlukan cybersecurity sebagai keutamaan yang tinggi - Gobind
Para pemimpinnya, yang bertanggungjawab untuk pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan cybersecurity, perlu mempunyai perubahan set minda.

Cyberjaya jadi tuan rumah kepada Pusat Transparensi Kaspersky
Dapat kerjasama CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pakar-pakar keselamatan siber kebangsaan.

Microsoft, CyberSecurity mahu peruntukan untuk tingkat kesedaran keselamatan siber
CyberSecurity Malaysia dan Microsoft Malaysia mahu peruntukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber negara dan mendidik orang ramai di bawah Bajet 2018 memandangkan Malaysia kini ber

Serangan e-mel jadi pilihan utama penyerang siber di Malaysia pada 2016
Serangan e-mel merupakan senjata paling digemari para penyerang siber di Malaysia tahun lepas.

Penggodaman laman web MAS boleh dielak jika sistem sentiasa dipantau - CyberSecurity Malaysia
CyberSecurity Malaysia berkata penggodaman laman web MAS boleh dielakkan sekiranya sistemnya sentiasa dipantau dan diperbaharui.