Cuti umum Deepavali diperluaskan ke WP Labuan

Bernama
November 13, 2012 12:27 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan cuti umum perayaan Deepavali diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau berkata walaupun penduduk beragama Hindu tidak ramai di situ, namun sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, Labuan layak menikmati cuti umum berkenaan.
Keputusan itu dibuat oleh Kabinet, kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves.
#Deepavali #Hindu #najib #PM
;