Culik Lahad Datu: Tiga nelayan warga Indonesia dibebaskan

Bernama
September 18, 2016 15:38 MYT
Tiga nelayan warga Indonesia yang diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat, Julai lepas telah dibebaskan pada Sabtu malam. -Gambar fail
Tiga nelayan warga Indonesia yang diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat, Julai lepas telah dibebaskan pada Sabtu malam.
Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama di sini malam ini mengesahkan perkara itu.
Tiga nelayan yang dibebaskan itu dikenali sebagai Lorence Koten, 34, Teo Dorus Kopong, 42, dan Emanuel, 46.
Difahamkan Abu Sayyaf membebaskan ketiga-tiga mereka dan menyerahkan kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sebelum dihantar kepada wakil kerajaan Indonesia di Jolo.
Wan Abdul Bari berkata destinasi ketiga-tiga mereka selepas diserahkan kepada wakil kerajaan Indonesia, adalah tidak diketahui.
Ketiga-tiga mereka diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 9 Julai ketika menangkap ikan kira-kira 3.6 batu nautika dari Kampung Sinakut, dekat Lahad Datu. -Bernama
#culik lima lelaki bersenjata #ESSCom #felda sahabat #nelayan warga Indonesia