Cukai kekayaan, harta pusaka wajar dipertimbang - Shahril Hamdan
Israr Khalid
Disember 1, 2021 08:43 MYT
Disember 1, 2021 08:43 MYT
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengenakan cukai terhadap golongan kaya dan berpendapatan tinggi wajar dilihat dan diperhalusi dalam usaha merapatkan jurang ekonomi antara kelas masyarakat.
Kata Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan, cukai kekayaan dan harta pusaka bukan tentang menghukum, tetapi untuk digunakan bagi membangunkan golongan yang kurang bernasib baik.
“Cukai progresif di Malaysia ni daripada dulu dah ada, cumanya sama ada kita nak buat cukai kekayaan dan harta pusaka ini banyak diperdebatkan.
“Dalam hal ini, ada kekhuatiran sudah tentu bahawasanya ada aliran keluar tunai, pelabur akan keluar, orang kaya Malaysia akan keluar, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Bagaimanapun, jelas Shahril, perkara yang membayangi hal ini sekiranya ia dilaksanakan nanti pastinya keyakinan rakyat -- yang kaya mahupun tidak -- terhadap ketelusan kerajaan menguruskannya.
Oleh hal demikian, kerajaan perlu mewujudkan satu bentuk jaminan bahawa cukai yang dipungut itu nanti tidak akan digunakan untuk tujuan lain.
"Jadi saya cadangkan untuk kita ‘ring-fence’ cukai-cukai ini supaya mereka yang membayarnya tahu ia bukan digunakan untuk benda yang membazir, tapi hanya untuk bantuan-bantuan kepada golongan B40.
"Saya nampak mungkin akan ada lebih kesediaan (untuk menerima pelaksanaannya) andai kata ada ketelusan pihak kerajaan dalam hal ini," kata Shahril.
Tonton temu bual penuh beliau dalam Agenda AWANI bersama hos Luqman Hariz, di sini:
Wajar pertimbang cukai kekayaan, harta pusaka - Shahril Hamdan
Ini cadangan Shahril Hamdan untuk rapatkan jurang ekonomi rakyat