KUALA LUMPUR: Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, bukanlah alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan cukai berkenaan, termasuk struktur percukaian seperti jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah, nilai ambang mengenakan cukai tersebut serta kadar terbabit.
"Kaedah pengenaan cukai juga sedang diperhalusi sama ada memperkenalkan cukai baharu atau memperluas skop sistem percukaian sedia ada," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, hari ini.
Berikutan itu, Sim berkata MOF sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk pengilang, peruncit dan industri pelancongan dalam memastikan cadangan pelaksanaan cukai barangan mewah itu dapat diterima baik oleh semua pihak, mudah dilaksanakan dan tidak memberi kesan negatif ke atas sektor perlancongan dan peruncitan negara.
"Ia diperkenalkan bagi mengenakan cukai ke atas barangan yang dianggap bukan keperluan dan dibeli oleh golongan berkemampuan dan berpendapatan tinggi," katanya.
Jelas beliau, prinsip perluasan asas cukai adalah untuk meningkatkan hasil negara tanpa membebankan golongan yang kurang berkemampuan.
Justeru, katanya, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST kerana sebarang perubahan dasar berkaitan cukai akan memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi, malah ke atas kos sara hidup rakyat.
"Ketika rakyat bergelut dengan pelbagai cabaran kos sara hidup dalam fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19 ini termasuk kadar inflasi, ini bukanlah masa yang sesuai untuk pengenalan semula GST," katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga sememangnya menjalankan kajian berterusan dalam meneliti secara menyeluruh satu sistem percukaian yang seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong dan meningkatkan kutipan hasil cukai negara tanpa membebankan rakyat selain berdaya saing terhadap ekonomi negara.
Menyentuh Belanjawan 2023, Sim berkata ianya menyasarkan bantuan yang lebih strategik, berkesan dan bersasar kepada golongan memerlukan dengan mempertimbang keadaan inflasi dan ekonomi negara.
"Belanjawan 2023 juga bertujuan membina semula golongan (berpendapatan sederhana) M40 yang amat terjejas sejak lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19 yang mana pendapatan mereka turun lebih daripada 50 peratus, di samping membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana," katanya.
Persidangan Dewan Negara pada Rabu telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, bukanlah alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerajaan digesa semak semula pelaksanaan cukai barangan mewah - Ismail Sabri
Ini kerana, katanya, pelaksanaan cukai itu berpotensi menjadikan Malaysia destinasi bukan pilihan oleh pelancong asing yang ingin berbelanja dan membeli belah.

Persatuan peruncit gesa fikir semula cadangan Cukai Barangan Mewah
Persatuan peruncit-peruncit utama tempatan secara kolektif menggesa kerajaan memikirkan semula dan menarik balik cadangan bagi mengenakan Cukai Barangan Mewah.

Belanjawan 2023: Cukai Barangan Mewah diperkenalkan tahun ini
Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah bermula tahun ini.