Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, langkah itu dilihat dapat memacu Malaysia ke arah yang lebih cemerlang serta mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara pada landasan tepat.
Menurutnya, barisan Kabinet yang dilantik diyakini dapat menggalas tugas dengan penuh beramanah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi.
"Cuepacs meletakkan sokongan penuh dan berterusan terhadap lantikan Kabinet hasil gabungan pemimpin baharu dan lama mempunyai integriti tinggi dan seterusnya mampu meletakkan Malaysia di landasan yang betul dan tepat ke arah Malaysia mencapai Negara Maju 2030.
"Ini kerana, anggota Kabinet yang dibentuk kali ini telah melepasi tapisan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tambah Adnan, hasil gabungan pemimpin itu mampu membangunkan negara dengan kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.
"Cuepacs berharap agar seluruh barisan Kabinet dapat memajukan negara demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat khususnya anggota perkhidmatan awam.
"Cuepacs percaya bahawa barisan anggota Kabinet Malaysia yang baru dilantik ini dalam kalangan yang bebas rasuah, berintegriti, berwawasan tinggi serta berkaliber dalam membangunkan negara," jelas kenyataan itu lagi.
Berikut adalah senarai barisan Kabinet yang telah diumumkan Perdana Menteri pada Isnin: