KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kepada kerajaan agar mengkaji semula elaun Bayaran Insentif Bomba (BIB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebanyak RM110 sebulan ketika ini.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata jumlah tersebut tidak setimpal dengan bebanan dan risiko kerja anggota JBPM yang diarahkan bekerja 12 jam tanpa sebarang tuntutan tugasan lebih masa.
Katanya elaun BIB sebanyak RM110 itu bersamaan dengan RM1.10 sejam untuk waktu operasi syif 12 jam dan kali terakhir elaun itu dikaji ialah 14 tahun lepas.
"Elaun BIB yang diterima oleh anggota JBPM adalah RM27.50 pada tahun 90-an, manakala pada tahun 2000 dinaikkan kepada RM90 dan RM110 pada 2007," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya CUEPACS difahamkan, JBPM sendiri sebelum ini telah memohon untuk menaikkan elaun BIB kepada anggota mereka namun sehingga kini belum diputuskan oleh kerajaan.
"Pekerjaan anggota bomba yang turut berada di barisan hadapan negara memerlukan pengorbanan yang besar dan nilai pengorbanan tersebut tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, namun perlulah setimpal dengan perkhidmatan terutama mereka yang berkhidmat dalam bahagian operasi dan menyelamat,'' katanya.
Menurut Adnan peningkatan elaun perkhidmatan itu merupakan inisiatif yang boleh diberikan kerajaan bagi menghargai anggota JBPM, selain memastikan segala peralatan yang diterima agensi itu mematuhi piawaian keselamatan serta diselenggara dengan baik.
BACA: Pegawai Bomba terbabit letupan kebakaran kilang, Mohd Firdaus meninggal dunia
BACA: Pegawai bomba, anggota ERT parah akibat letupan kebakaran kilang
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan dukacita dengan pemergian seorang anggota bomba yang terkorban akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang di Segamat, Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Pada Isnin, seorang anggota bomba terkorban akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang di Segamat pada Sabtu. - Gambar fail
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.