ALOR GAJAH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa agar kakitangan awam yang menolak vaksin tampil membuat penjelasan.
Presidennya Adnan Mat berkata sebagai anggota pelaksana dasar kerajaan, mereka perlu menjadi individu pertama menyokong serta melaksanakan dasar dikeluarkan dan bukannya menolak pelaksanaannya.
"Setakat ini, kira-kira 30,000 kakitangan awam belum mendaftar menerima vaksin dan ada antaranya memberi alasan mempunyai masalah kesihatan.
"Jadi kita minta mereka tampil menjelaskan situasi sebenar dalam permasalahan ini supaya tidak mengundang tanggapan negatif daripada orang awam," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah di sini petang tadi.
Justeru, Adnan berkata pihaknya meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk membuat saringan berkala terhadap penjawat awam yang menolak untuk divaksinasi.
"Kita meminta perkara ini dipertimbangkan dan dalam masa sama, memohon mereka yang menolak agar tampil untuk kita tahu situasi sebenar kerana pelaksanaan saringan berkala juga melibatkan kos," katanya.
Dalam perkembangan lain, Adnan berharap kerajaan mewujudkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu memandangkan sistem saraan sedia ada yang digubal pada November 2002 tidak pernah dikaji atau ditambah baik sehingga hari ini.
Beliau berkata perkara itu wajar dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan 2022 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem diwujudkan 19 tahun lepas.
"Selain daripada usaha untuk memperbaharu sistem saraan bagi penjawat awam dapat dilaksanakan, pemberian peruntukan khusus bagi mewujudkan sistem saraan baharu itu turut mencerminkan kerajaan serius mahu mereformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam dari segala aspek termasuk melibatkan hal kebajikan penjawat awam," katanya.
Antara perkara perlu diberi perhatian dalam sistem saraan baharu kelak adalah skim gaji yang melangkaui pendapatan garis kemiskinan negara.
"Kenaikan gaji tahunan yang lebih bersesuaian juga perlu mengikut peningkatan kos sara hidup semasa," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Adnan berkata anggota pelaksana dasar kerajaan perlu menjadi individu pertama menyokong serta melaksanakan dasar dikeluarkan dan bukannya menolak pelaksanaannya. - Gambar fail/BERNAMA

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya.
Indonesia sasar tingkatkan pembiayaan penyelidikan universiti
Usaha Indonesia itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk mengubah universiti menjadi hab inovasi dan pembangunan bakat.
57 wilayah Thailand diselebungi jerebu
Bandar Bangkok termasuk 57 daripada 76 wilayah di negara itu diselubungi jerebu dengan tahap merah PM2.5 pada Isnin.

“Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.
[TERKINI] Suspek samun kedai emas disahkan anggota polis bantuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, adalah seorang anggota polis bantuan.

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.