KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan membenarkan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan mengumpul baki cuti rehat mereka tahun ini sehingga tempoh lima tahun akan datang.
Presidennya, Adnan Mat berkata ini kerana kumpulan itu tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka disebabkan terpaksa bertugas atas kepentingan perkhidmatan masing-masing.
"Peraturan yang ada pada masa ini, penjawat awam hanya boleh mengumpul baki cuti dalam tempoh tiga tahun dan cuti itu akan dilupuskan sekiranya tidak dihabiskan selepas tahun ketiga.
"Jadi untuk tahun ini, kebanyakan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan atau yang terpaksa bertugas ketika pandemik COVID-19 tidak dapat mengambil cuti tahunan, sebab itu kita mohon tempoh baki cuti dipanjangkan sehingga lima tahun," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya di Menara Cuepacs di sini.
Adnan berkata perkara itu perlu diberi perhatian susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini yang menuntut kumpulan penjawat awam terbabit bertugas.
"Kami merayu supaya cuti penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan diberi pertimbangan khas, hanya untuk mereka yang diarahkan bekerja dan kembali bertugas serta terlibat dengan COVID-19," katanya.
Adnan juga berkata Cuepacs menyeru Bank Negara Malaysia agar campur tangan dalam memastikan kadar yuran wakalah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dikurangkan.
Beliau berkata penurunan kadar yuran itu perlu berikutan kadar sedia ada dilihat membebankan penjawat awam.
"Cuepacs berpendapat bahawa yuran wakalah sedia ada iaitu 25 peratus masih terlalu tinggi yang terpaksa ditanggung penjawat awam.
"Kita memohon supaya ia dikurangkan kepada 12.5 peratus demi mengurangkan beban penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Perkara itu perlu diberi perhatian susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini yang menuntut kumpulan penjawat awam terbabit bertugas. -Gambar fail/ Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.

Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.