#CucukMYAZ: Penerima vaksin AstraZeneca kongsi keterujaan terima dos pertama

Firdaus Azil
Mei 5, 2021 15:32 MYT
Hari ini secara rasmi bermulanya proses pemberian suntikan vaksin keluaran AstraZeneca di empat lokasi berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hari ini secara rasmi bermulanya proses pemberian suntikan vaksin keluaran AstraZeneca di empat lokasi berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Sejak awal pagi, rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri dan wilayah berkenaan berkongsi keterujaan dan kegusaran mereka untuk menerima dos tersebut.
Malah tidak keterlaluan dikatakan, keterujaan itu sudah mula dirasai sejak Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin mengumumkan ia terbuka untuk 268,000 pemohon di Kuala Lumpur dan Selangor, pada 1 Mei lepas.
Dalam masa kurang empat jam sahaja, kesemua slot tempahan telah diisi, dan ada di antara pemohon yang menyimpan harapan untuk dipanggil menerima suntikan, biarpun tarikh yang diinginkan sudah dipenuhi.
BACA: Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini
Awal hari ini, seorang pengguna Twitter @rincredible memulakan #CucukMYAZ, satu inisiatif untuk mengumpul pengalaman penerima vaksin AstraZeneca di empat lokasi yang ditetapkan – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan IDEAL Convention Centre Shah Alam (IDCC).

This is a thread of #CucukMYAZ threads, showing how the process is at the different PPVs. Thank you to all the people who documented the process!

— R. (@rincredible) May 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bunyinya seakan-akan terma yang nakal, tetapi barangkali ia juga agak lucu dan disertai ratusan pengguna Twitter untuk berkongsi pengalaman mereka.
“Ya saya sedia maklum #CucukMYAZ kedengaran seperti apa jika anda sebutnya dengan kuat dan mempunyai maksud itu. Berilah saya kredit..saya bekerja dalam bidang pemasaran dan pengiklanan hampir satu dekad..,” ujar @rincredible lagi.

My aunt is waiting for her turn at PWTC and clapping for each and every person who got their jab as they exit So much joy. Lets keep vaccinating! #CucukMYAZ

— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) May 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Its #CucukMYAZ day for my husband and I. On our way, and will update as we go.

— Hanna Alkaf (@yesitshanna) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Feedback penerima vaksin PPV UKM #CucukMYAZ pic.twitter.com/V7amHYR366

— Hasbullah (@HasbullahAbol) May 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna Facebook turut tidak ketinggalan berkongsi keterujaan mereka di Astra Zeneca Vaccine Malaysia, yang dimulakan June Ramli.
“Dos pertama selesai. Saya sangat kagum dengan proses pemberian vaksin di WTC. Efisien dan pantas.
“Apabila anda selesai proses pemerhatian (selepas mengambil suntikan), mereka (petugas) akan memanggil nama anda. Mereka juga akan memberi anda kad pengesahan. Ia tidak menyakitkan dan proses agak kemas dan teratur. Petugas sentiasa menghormati anda dan sedia untuk membantu,” tulis seorang pengguna bernama Mitch Yusmar Yusof.
Terdahulu, Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, membayangkan akan membuka proses permohonan untuk AstraZeneca ke negeri-negeri lain selepas mengambil kira sambutan serta tahap keyakinan orang ramai terhadap vaksin itu.
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #AstraZeneca #vaksin #COVID-19 #rakyat Malaysia #PWTC #shah alam #UM #Kuala Lumpur #Khairy Jamaluddin #Facebook #Twitter #rakyat #menteri #Sains #Malaysia
;