Seorang cucu yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu menjaga datuk dan nenek angkatnya.
Nor Alia Mohd Lutfi, 17, yang tinggal dengan datuknya Othman Yahya, 85, dan neneknya Wan Hasnah Abdul Rahman, 57, sejak lahir berkata kedua-duanya memerlukan orang untuk menjaga mereka yang sudah tua dan turut menghidap pelbagai penyakit.
Wan Hasnah terlantar sejak November tahun lalu akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang manakala Othman kerana sakit tua.
"Saya kasihan melihat keadaan mereka yang memerlukan seseorang untuk menjaga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dia berkata neneknya perlu berulang-alik 12 kali dalam sebulan ke sebuah pusat dialisis dan terpaksa mengupah orang untuk mengangkat dan menghantarnya membuat rawatan.
Anggota Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim yang melawat pasangan itu berjanji untuk memberi sumbangan RM700 sebulan.
Beliau juga berkata beliau akan memastikan Nor Alia dapat bersekolah semula.
Pihak yang ingin menyalur bantuan boleh menghubungi Nor Alia melalui talian 013-5384375 atau akaun Bank Simpanan Nasional milik Othman 02126-29-83139253-0.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama Penyelaras DUN Kedah, Datuk Mohd Khairul Azhar melawat pasangan warga emas Wan Hasnah Abdul Rahman (terbaring) dan Othman Yahya di Kuala Ketil, Khamis. - Foto BERNAMA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Warga emas maut nahas lapan kenderaan dalam perjalanan hantar cucu ke IPT
Kemalangan yang berlaku kira-kira 4.20 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk lebih tujuh jam selepas laluan ditutup sepenuhnya.
Rosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit
Datin Seri Rosmah Mansor dibenarkan mendapatkan sementara pasport, bagi melawat cucunya yang sakit di Singapura.
Krisdayanti timang cucu pertama
Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di Instagramnya dengan gambar jari jemari comel cucunya yang dipanggil Baby A.
Nenek, cucu terselamat dalam kebakaran rumah
nenek berusia 60 tahun bersama cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Perana, Jalan Padang Mat Sirat.
Anak selamat bersalin di Singapura, Najib dapat cucu lelaki
Najib memaklumkan anak perempuannya, Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura selamat bersalin pada pagi Isnin.
'Teruja tunggu anak cucu pulang, tetapi tetap bimbang'
Sejak perlaksanaan PKP tahun lalu, dia tidak dapat berjumpa dengan empat anak dan empat cucunya.
Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah dan mengarahkan kedua-dua defendan membayar kos RM80,000 kepada nenek mereka.
'Gerobok Rezeki Opah Minah', sedekah barang keperluan kepada penduduk kampung
Membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas sekali gus meringankan beban sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
COVID-19: Warga emas pilih ambil vaksin untuk ubati kerinduan pada anak, cucu
Suntikan itu mungkin akan menjadi satu keperluan untuk merentas negeri, sekali gus membolehkannya bertemu empat anak dan cucu yang menetap di Perak dan Selangor yang sudah setahun dia tidak berjumpa.
Aktiviti melukis bersama cucu bawa tuah, kini jadi lubuk rezeki seorang nenek
Tidak sangka, aktiviti yang diluangkan bersama cucu untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP memberi pulangan membanggakan.