Cubaan lelaki bakar diri dengan dengan petrol digagalkan
Abd Razak Mohd Ali
Disember 16, 2019 18:07 MYT
Disember 16, 2019 18:07 MYT
Seorang lelaki melecur 70 peratus selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan membakar diri sendiri berhampiran Terminal Bas Aman Jaya di sini, hari ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menggunakan petrol untuk membakar dirinya di kawasan semak berhampiran terminal berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas orang awam berjaya memadam kebakaran pada lelaki itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 3.21 petang.
“Akibat kebakaran itu, didapati mangsa dalam keadaan sedar mengalami tahap melecur 70 peratus anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans hospital untuk rawatan lanjut.
#bakar diri
#bunuh
#bunuh diri
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Malaysia
#petrol