Cubaan cipta rekod pembersihan laut dalam terpanjang
Astro Awani
April 7, 2013 21:13 MYT
April 7, 2013 21:13 MYT
140 peserta program Astro Kasih Beautiful Malaysia perlu menyelam sambil membersih laut dalam selama 168 jam tanpa henti siang dan malam.
Ia bagi memenuhi kriteria penilaian untuk mencipta rekod pembersihan dasar laut terpanjang dalam Guinness World Records.
Pengadilnya, Kirsty Bennett berkata ia percubaan pertama dalam usaha memulihara alam semula jadi marin.
Bennett juga berkata, “Ini adalah rekod pertama dalam pembersihan terpanjang di dalam air kerana ia perlu berterusan. Jadi tidak ada masa rehat untuk 168 jam. Setiap penyelam perlu mengutip sekurang-kurangnya satu sampah buatan manusia dan seseorang perlu bersihkan pada setiap masa. Agak rumit sebab perlu berputar penyelam dan kami mendapat menyaksikan dari luar sana sebab saya tidak boleh berada di sana bagi keseluruhan 168 jam. Jadi kita perlu saksi di luar dan memastikan semua peraturan dipatuhi.”
Selain itu, setiap penyelam juga dikehendaki mengeluarkan sekurang-kurangnya satu sampah setiap kali menyelam untuk menjayakan cubaan berkenaan.
Jika berjaya membersih laut dalam secara berterusan selama 168 jam, ia sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara pertama dalam cubaan mencipta Guinness World Records bagi pembersihan dasar laut terpanjang.