Cubaan bawa masuk 17,000 unit pistol angin RM4.4 juta gagal

Sinar Harian
Februari 20, 2024 19:22 MYT
Antara unit pistol angin yang dirampas susulan pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Barat dekat sini Rabu lalu.
KLANG: Cubaan membawa masuk 17,000 unit pistol angin bernilai RM4.4 juta gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum sebuah kontena dirampas di Pelabuhan Barat dekat sini pada Rabu lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati kontena bersaiz 40 kaki itu mengandungi unit pistol angin terbabit.
"Siasatan mendapati kesemua pistol angin ini dipercayai tidak mempunyai permit import daripada PDRM.
"Nilai dagangan barangan rampasan ini dianggarkan sebanyak RM1.8 juta manakala jumlah duti serta cukai yang terlibat dianggarkan berjumlah RM2.6 juta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Tengah di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Sinar Harian
#pistol angin #Pelabuhan Klang #Seludup pistol #JKDM
;