Cuba rogol wanita 50 tahun, warga Bangladesh cedera ditetak
Astro Awani
Februari 1, 2014 18:24 MYT
Februari 1, 2014 18:24 MYT
Seorang lelaki cedera di kaki kanannya selepas ditetak suami mangsa dalam satu cubaan rogol di Kampung Teluk Wanjah, Alor Setar.
Suspek, Sagor Ahmed, 40 tahun, seorang warga Bangladesh adalah jiran kepada mangsa yang berusia 50 tahun.
Dia tinggal di kampung itu sejak dua tahun lalu dan dikatakan mempunyai hubungan baik dengan keluarga mangsa.