Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi

Astro Awani
Februari 16, 2014 10:28 MYT
Cuaca panas dan kering yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia sejak kebelakangan ini bakal berakhir tidak lama lagi.
Menurut Jabatan Meteorology, keadaan itu berikutan berlakunya perubahan corak tiupan angin dari arah timur laut.
Pengarah pusat ramalan cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan pembentukan awan hujan juga mula kelihatan.
“Awan kelihatan lebih jelas dan aktif di Semenanjung Malaysia. Keadaan ini telah berlaku di Sabah dan Sarawak sebelum ini dan sekarang ia sudah mula mempengaruhi Semenanjung Malaysia. Ini yang menyebabkan perubahan berlaku pada cuaca kita,” tambah Helmi.
Cuaca panas sejak kebelakangan ini disebabkan oleh corak tiupan angin dari barat laut dan kini beberapa kawasan sudah mula menerima hujan akibat perubahan itu.
Sementara itu ribut petir dijangka berlaku lewat petang hingga malam di kawasan perairan Perak, Selangor, Sarawak dan Labuan.
Di Sarawak ia membabitkan kawasan Mukah, Bintulu dan Miri, manakala di Sabah dan Labuan di kawasan pendalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan.
Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.
#awan #bakal berakhir #cuaca panas #Jabatan Meteorology #perubahan corak tiupan angin #Semenanjung Malaysia
;