Cuaca Kuala Krai sejuk luar biasa
Astro Awani
Januari 24, 2015 10:20 MYT
Januari 24, 2015 10:20 MYT
Selepas dilanda musibah banjir pada Disember tahun lalu, kini Kelantan dilanda pula cuaca sejuk.
Suhu di daerah Kuala Krai buat masa ini dilaporkan mencecah hingga 16 darjah selsius.
Cuaca sejuk itu menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut tebal.
Fenomena luar biasa ni bermula sejak pertengajan bulan Januari apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk luar biasa antara 19 dan 20 darjah selsius terutamanya dari tengah malam hingga awal pagi.
Sebelum ini, ada laporan yang memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah selsius.
Baru-baru ini, Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad berkata fenomena itu berlaku disebabkan tiupan angin kencang timur laut sejuk yang datang dari Siberia dan menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia termasuk Malaysia.