KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sabah pada Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata pada sebelah petang pula dijangka hujan di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai timur Semenanjung.
"Secara keseluruhannya, dijangka keadaan cuaca yang serupa berlanjutan hingga raya ketiga," katanya ketika dihubungi Bernama.
Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei ini.
Jailan berkata Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun yang mengakibatkan hujan dan ribut petir.
Menurutnya cuaca di negara ini akan bertambah baik menjelang pertengahan bulan ini susulan permulaan fasa Monsun Barat Daya.
Katanya kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan ketika Monsun Barat Daya.
Namun akan berlaku hujan lebat pada awal pagi di pantai barat Semenanjung akibat garis badai dari Selat Melaka sekali sekala, katanya.
Beliau berkata mulai pertengahan bulan ini juga kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm kecuali di Melaka dan Johor yang dijangka menerima hujan sedikit, iaitu bawah purata antara 100 mm hingga 150 mm.
"Kuching, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei dan Sibu di Sarawak dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 150 mm hingga 200 mm manakala di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150 mm hingga 400 mm," jelasnya.
Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.
Beliau juga membayangkan kemungkinan Malaysia akan dilanda jerebu rentas sempadan pada hujung Julai atau awal Ogos jika kebakaran hutan di negara jiran tidak terkawal.
Bernama
Sun May 09 2021
Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun yang mengakibatkan hujan dan ribut petir. - Gambar hiasan
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Lapan kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga di Utara Semenanjung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini
Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan pada 8.15 pagi ini, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Kuantan, Pahang dan seluruh Johor.
Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam penyakit akibat jerebu agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan.
Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor
Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Tiada gempa bumi dikesan di Sabah, Sarawak - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.
Cuaca diramal hujan semasa sambutan Thaipusam Ahad ini - MetMalaysia
Cuaca di seluruh negara diramalkan hujan dengan satu dua tempat mengalami ribut petir, semasa sambutan Thaipusam pada Ahad ini.
Waspada! Hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah, Sarawak hingga Rabu
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari 2023.