Cuaca baik untuk perjalanan #PulangMengundi

Astro Awani
Mei 7, 2018 15:16 MYT
Tiada amaran cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia hari ini. - Gambar fail
Warga kota yang merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi tidak perlu risau dengan situasi cuaca semasa.
Jabatan Meterologi Malaysia mengesahkan tiada amaran angin kencang atau laut bergelora dikeluarkan buat masa ini, sekaligus menandakan tiada halangan cuaca buat mereka yang bakal pulang ke kampung, baik ke utara, timur atau selatan.
Warga kota dijangka memulakan perjalanan pulang petang ini untuk membuat persediaan mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14),Rabu ini.
#cuaca #Jabatan Meterologi Malaysia #Malaysia #PRU14 #pulang mengundi #warga kota
;