COVID-19: Zon merah kekal 26 daerah, jumlah kes positif di Seremban naik mendadak

Bernama
April 14, 2020 13:13 MYT
Daerah Seremban merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu. - Gambar fail/BERNAMA
Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 41 jumlah kes positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu.
Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan tambahan kes positif iaitu 419 kes berbanding 388 kes, manakala kawasan Lembah Pantai meningkat daripada 496 kes kepada 515 kes.
Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,249 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Antara kawasan yang menghampiri zon merah adalah Muar (40 kes) dan Kulai (37 kes) di Johor, Dungun di Terengganu (37 kes), Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang (38 kes), Kota Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah (39 kes).
Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara:
Perak KES
Hilir Perak 65
Kinta 93
Selangor
Sepang 66
Petaling 346
Hulu Langat 419
Gombak 133
Klang 164
Hulu Selangor 45
Kuala Lumpur
Cheras 73
Kepong 126
Lembah Pantai 515
Titiwangsa 116
Putrajaya 54
Negeri Sembilan
Seremban 260
Rembau 53
Melaka
Jasin 68
Melaka Tengah 48
Pahang
Kuantan 80
Jerantut 70
Johor
Batu Pahat 51
Kluang 201
Johor Bharu 183
Kelantan
Kota Bharu 90
Sarawak
Kuching 227
Kota Samarahan 49
Sabah
Tawau 71
JUMLAH 3,666
-- BERNAMA
#Batu Pahat #Hulu Selangor #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #Kluang #koronavirus #Kota Bharu #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Kuantan #Kuching #Lahad Datu #media sosial #Seberang Perai #Sepang #Seremban #Tawau
;