COVID-19: Wujud trend peningkatan kes dalam negara sejak November 2023
Fahmi Izuddin
Disember 3, 2023 11:00 MYT
Disember 3, 2023 11:00 MYT
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 dalam negara kini menenunjukkan trend peningkatan sejak November 2023.
Menurut data rasmi daripada laman sesawang KKMNOW, negara mencatat aliran peningkatan kes pada kadar 10 peratus.
Selain itu, berdasarkan kemas kini terkini pada 25 November lepas, kes harian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia berjumlah 617 kes, menunjukan trend peningkatan dengan 10 peratus kadar positif jangkitan.
Sementara itu,sejumlah 317 individu dimasukkan ke hospital manakala enam individu sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat pula memerlukan bantuan pernafasan.
KKMNOW turut berkongsi kadar kapasiti semasa hospital yang menempatkan pesakit COVID-19 setakat November berjumlah 71.9 peratus.
Manakala kapasiti wad ICU pula berada pada paras 70.7 peratus dan 35.5 peratus memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, tiada kes kematian akibat COVID-19 direkodkan sehingga November.