COVID-19: Warga emas lebih berisiko, digesa segera ambil dos penggalak

Nursyazwani Saiful Sham
Mac 17, 2022 10:40 MYT
Justeru, Khairy menggesa agar orang ramai merayu kepada orang tua masing-masing untuk mendapatkan dos penggalak. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan menggesa warga emas untuk segera mendapatkan vaksin dos penggalak COVID-19 menjelang Ramadan nanti.
Ia selepas 105 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam.
Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy memaklumkan ketika ini kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) masih terkawal.
Namun, beliau juga mahu kadar kematian terkawal.
Berdasarkan graf yang dikongsikan, jelas menunjukkan warga yang tiada vaksinasi atau tiada dos penggalak amat berisiko tinggi meninggal dunia akibat COVID-19.
Justeru, beliau menggesa agar orang ramai merayu kepada orang tua masing-masing untuk mendapatkan dos penggalak.
"Semalam 105 kematian COVID-19 dilapor. Kapasiti hospital/ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal.
"Graf ini JELAS: Warga emas yang tiada vaksinasi/booster sangat berisiko tinggi mati dari COVID-19. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster," ujarnya.

Semalam 105 kematian COVID-19 dilapor. Kapasiti hospital/ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal. Graf ini JELAS: Warga emas yang tiada vaksinasi/booster sangat berisiko tinggi mati dari COVID-19. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster. pic.twitter.com/y7TjVdsvO2

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, beliau turut menjelaskan ketika ini mungkin warga emas tidak kemana-mana, namun pada bulan Ramadan nanti pasti yang akan menjalankan ibadah di masjid dan surau.
"Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh.
"Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar dan tawakkal ke Allah," katanya.

Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana2 sekarang. Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 105 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19.
BACA: COVID-19: 105 kematian baharu direkod, 29 BID
Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,099 orang, daripada 3.87 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 29 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
#COVID-19 #ICU #warga emas #Ramadan
;