COVID-19: Ujian saringan RTK-Ag harus dikendalikan operator terlatih

Hafizi Rosli
Januari 22, 2021 12:30 MYT
Ujian Saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ujian saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelasnya, amalan terbaik adalah, ia mesti dilakukan dalam tempoh masa lima hingga tujuh hari selepas simptom dikenal pasti.
Ia sangat penting bagi mengesan kluster-kluster baharu dengan nilai jangkaan positif (PPV) tinggi pada ketika ini, katanya menerusi entri di akaun Twitter miliknya hari ini.
Selain itu, katanya ujian RTK-Ag juga perlu dilakukan apabila sistem perkhidmatan kesihatan negara mengalami bebanan yang lebih berat dari biasa.
Begitu juga, kata Dr Noor Hisham, tahap sensitiviti kit ujian RTK-Ag mesti dipastikan melebihi 80 peratus manakala kekhususannya lebih 97 peratus.

General recommendations for RTK-Ag testing for confirmatory. 1. Test kits sensitivity must be more than 80% & specificity more than 97% 2. When the health system is overburdened 3. When the turnaround time for RT PCR is more than 48-72 hrs or if RT-PCR test not available 1/2 pic.twitter.com/DWTAVxNp5n

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

4. RTK-Ag should be conducted by trained operator & for best results the tests should be performed within the first 5 - 7 days following onset of symptoms 5. More specific for new cluster with high positivity rate & when concordance study show PPV, high specificity 2/2 pic.twitter.com/rJa2NDHAQv

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya juga, kaedah ujian RTK-Ag diperlukan apabila ujian RT-PCR memakan masa sehingga 48 ke 72 jam atau apabila ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) tidak dapat dilakukan.
Semalam, Dr Noor Hisham berkata, pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan bagi menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik itu di negara ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang menjalankan ujian RT-PCR antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari.
"Setakat ini, kita mempunyai 68 makmal yang menjalankan 70,000 ujian RT-PCR setiap hari dan keupayaan makmal ini akan dipertingkat.
"Kita juga akan tambah saringan COVID-19 dengan menggunakan RTK-Ag," katanya.
#COVID-19 #ujian saringan #kesihatan #Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #Twitter #pandemik #RTK-Ag #rT-PCR
;