COVID-19: Ujian saringan percuma di Klinik Kesihatan di Kuching
Fadilah Sulaiman
Januari 9, 2021 20:14 MYT
Januari 9, 2021 20:14 MYT
KUCHING: Semua klinik kesihatan di bandaraya Kuching menyediakan saringan ujian PCR COVID-19 secara percuma bermula hari ini dan esok (Ahad).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, usaha itu susulan perkembangan semasa COVID-19 dengan Kuching bertukar status kepada Jingga apabila mencatatkan 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.
"Semua Klinik Kesihatan di Kuching dibuka pada Sabtu dan Ahad bermula 8pagi hingga 12 tengah hari.
"Saringan ujian PCR COVID-19 secara percuma," katanya menerusi hantaran Facebook beliau.
Untuk rekod, Sarawak hari ini mencatatkan 55 kes positif COVID-19 yang juga merupakan rekod tertinggi bagi negeri itu.
Sebanyak 15 kes daripadanya dicatatkan di Kuching.