COVID-19: Tujuh kematian, 2,017 kes baharu dicatat

Astro Awani
Mei 19, 2022 00:45 MYT
Terdapat pertambahan 2,017 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 29,971. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,630 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat pertambahan 2,017 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 29,971.
Daripada jumlah itu, 28,679 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,235 pula dirawat di hospital dengan 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid