COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin

Vivi Sumanti
Mac 13, 2022 13:52 MYT
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan bergejala. - Gambar fail
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjalani kuarantin di rumah sejurus berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
Mohd Amar ketika dihubungi memaklumkan, beliau merupakan kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan bergejala.
"Ada kontak rapat tapi bergejala" jawabnya melalui satu pesanan ringkas.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas dijadualkan menghadiri satu majlis di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah Panchor di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.
Sebelum itu, Mohd Amar turut berada di Johor minggu lalu sehingga hari pengundian.
#COVID-19 #Mohd Amar Nik Abdullah #Timbalan Menteri Besar Kelantan #Naib Presiden Pas
;