COVID-19: Tiga lagi kluster baharu dikenal pasti termasuk di pelantar minyak

Hilmi Malik
Disember 12, 2020 18:45 MYT
KKM mengenal pasti pertambahan tiga lagi kluster baharu iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Tapak Bina Cendana, Kluster Dang Mutiara. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Tiga lagi kluster COVID-19 baharu dikenal pasti iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Tapak Bina Cendana dan Kluster Dang Mutiara.
Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut.
1. Kluster Bukit Gemok
- Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah.
- Kes dilaporkan aktif pada pada 5 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 71 individu disaring, 10 kes lagi dikesan positif.
2. Kluster Tapak Bina Cendana
- Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras dan Kuala Lumpur.
- Kes dilaporkan positif pada 10 Disember hasil saringan di tempat kerja.
- Seramai 175 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif melibatkan seorang warganegara dan 10 bukan warganegara.
3. Kluster Dang Mutiara
- Kluster ini melibatkan daerah Gombak, di Selangor Dungun dan kemaman di Terengganu.
- Kes dilaporkan positif pada 9 Disember hasil saringan lapor diri di pelantar minyak.
- Seramai 102 individu disaring, 10 kes lagi dikesan positif.
Setakat ini, sebanyak 189 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu sebanyak 56 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan Kluster Tapak Bina Berangan (69 kes).
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #Kluster baharu #Kluster Bukit Gemok #Kluster Tapak Bina Cendana #Kluster Dang Mutiara
;