COVID-19: Tiga kes penularan tempatan hari ini, berikut tumpuan sidang media KKM

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 18, 2020 09:56 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,219 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan tujuh kes baharu COVID-19 melibatkan empat kes import dan tiga penularan tempatan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,219 kes.
Berikut lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham:
1) Tujuh kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,219 kes
2) Daripada jumlah itu, empat kes adalah kes import dan tiga penularan tempatan di Kedah
3) Terdapat 26 kes pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 8,902 kes dan tiada kematian baharu dilaporkan hari ini.
4) Kluster Tawar: Satu kes baharu dalam kluster ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam kluster ini sebanyak 47 kes
5) Kluster Sala: Dua kes baharu dalam kluster ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam kluster ini sebanyak lapan kes
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #KKM #Kluster Tawar #Kuster Sala