COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Fauzi Suhaimi
Disember 25, 2020 18:40 MYT
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 461 kes (37.0 peratus).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 309 kes (67.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Katanya, ini diikuti oleh Sabah sebanyak 225 kes (18.0 peratus) dan Johor sebanyak 205 kes (16.4 peratus).
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM pada Jumaat:
1. Kes harian di Malaysia terus catat empat angka iaitu 1,247 kes.
2. Tiga kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 449 kes.
3. Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
4. Empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster Cassia Diamond, Kluster Pompod, Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa.
5. Enam kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga.
BACA: COVID-19: Kes kekal empat angka, Selangor tertinggi 10 hari berturut-turut
#Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes positif #unit rawatan rapi #COVID-19 #kesihatan #coronavirus #Kluster baharu #jangkitan baharu #Selangor #Sabah
;