COVID-19: 'Tidak perlu panik kes positif harian yang tinggi sekiranya...'

Fauzi Suhaimi
Januari 31, 2021 16:36 MYT
Dr Khor Swee Kheng menyifatkan jumlah kes positif harian COVID-19 bukan sesuatu yang penting untuk menilai situasi semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pakar dasar kesihatan awam, Dr Khor Swee Kheng menyifatkan jumlah kes harian COVID-19 bukan sesuatu yang perlu menjadi keutamaan untuk menilai situasi semasa.
Ini kerana, jelas beliau, angka kes baharu yang didedahkan setiap hari itu tidak memberi gambaran yang tepat dan menyeluruh.
Berikut merupakan perkara yang masyarakat perlu lebih fahami:
1) Jumlah kes COVID-19 harian amat penting, tetapi adakah ia memberi gambaran tepat dan menyeluruh?
2) Jumlah kes harian amat bergantung kepada bilangan ujian saringan yang dilakukan.

Jumlah kes Covid harian amat penting, tapi adakah ia memberi gambaran tepat & menyeluruh? Tidak, kerana: 1. Pandemik amat kompleks & tak boleh dinilai dgn 1 angka sahaja. Contohnya, bila menilai sabun tangan pun dah gunakan >1 faktor spt harga, jenama, kewangian, dsb. 1/8

— Dr Khor SK (@DrKhorSK) January 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3) Walau bagaimanapun, bilangan ujian saringan harian pula tidak selalu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka, susah untuk kita menilai sama ada ujian yang dijalankan adalah mencukupi untuk mencapai sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima peratus keputusan positif daripada jumlah ujian.
4) Mungkin ada hikmah di sebalik jumlah kes yang tinggi. Kita dapat mengasingkan pesakit yang dikenal pasti untuk melindungi rakyat lain. Dalam erti kata lain, lebih baik untuk kita mengenal pasti seramai pesakit COVID-19 yang mungkin, untuk diasingkan dan diberi rawatan.

2. Jumlah kes harian amat bergantung pd bilangan ujian saringan yg dilakukan. Lebih banyak ujian = lebih banyak kes. Kurang ujian = kurang kes. Jadi, petunjuk ini senang dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

— Dr Khor SK (@DrKhorSK) January 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
5) 'Jumlah kes harian' yang tinggi tidak akan menimbulkan rasa takut, jika ada maklumat penting lain seperti:
Maklumat penting lain akan memberi gambaran menyeluruh kepada rakyat.
6) Jika ada pelan jangka masa panjang yang mantap untuk menjaga semua pesakit-pesakit COVID-19, maka kita tidak perlu risau atau panik walaupun jumlah kes harian melambung tinggi.

7. Ringkasnya: Kita tak patut terlalu memfokus pd jumlah kes baru harian, kerana ia tak tepat atau menyeluruh. Ia juga boleh mengelirukan kita atau menimbulkan panik yang tak bermanfaat.

— Dr Khor SK (@DrKhorSK) January 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7) Ringkasnya, kita tidak patut terlalu fokus kepada 'jumlah kes baharu harian', kerana ia tidak tepat atau menyeluruh. Ia juga boleh mengelirukan atau menimbulkan panik yang tidak bermanfaat.
8) Adalah lebih baik jika kita fokus pada satu set petunjuk yang memberi gambaran lebih tepat dan menyeluruh untuk pandemik yang amat kompleks.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #COVID-19 #rakyat #kesihatan #ICU #WHO #unit rawatan rapi #pandemik #ujian saringan
;