COVID-19: Tiada varian Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Noor Hisham
Afiezy Azaman
Ogos 17, 2021 11:34 MYT
Ogos 17, 2021 11:34 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan varian Lambda di negara ini.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian penjujukan genom yang dilakukan setakat ini tidak mengesan kehadiran varian tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditanya seorang pengguna di laman media sosial Twitter, pada Selasa.
"Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan.
"Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita," katanya.
Varian Lambda pertama kali dikesan di Peru sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.
Lambda dilabel sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
#Dr Noor Hisham Abdullah
#WHO
#Twitter
#Noor Hisham Abdullah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#varian lambda
#penjujukan genom