COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah
Astro Awani
Mac 15, 2020 00:09 MYT
Mac 15, 2020 00:09 MYT
Masyarakat Siam di Kedah akur tiada sambutan pesta Songkran atau pesta air yang menjadi acara tahunan sebelum ini.
Ia kerana, sambutan itu terpaksa dibatalkan dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negara ini.
Menurut Ketua Sami Watt Siam Kampung Nanai, Padang Terap, Prak Bun Li, mereka akur dengan arahan dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk membatalkan semua acara perhimpunan.
“Pesta Songkran bukan sesuatu yang penting, kalua mahu batalkan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya semua orang selamat dan boleh hidup dengan sihat tanpa penularan wabak tersebut,” katanya.
Arahan itu turut disambut baik masyarakat Siam lain kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam lain.
Dalam pada itu, kerajaan Thailand turut membatalkan sambutan pesta Songkran di negara Gajah Putih itu sebagai langkah keselamatan.
#air
#COVID-19
#koronavirus
#Mahathir Mohamad
#Menteri Besar
#perhimpunan
#Pesta Songkran
#Siam
#Thailand