COVID-19: Tiada politik, tumpuan sepenuhnya kepada pandemik dan pemulihan ekonomi - EMIR Research
Astro Awani
Mei 21, 2021 08:39 MYT
Mei 21, 2021 08:39 MYT
KUALA LUMPUR: SITUASI COVID-19 yang semakin meruncing menyaksikan pelbagai pihak mengeluarkan saranan dan cadangan untuk menangani situasi berkenaan.
Terbaharu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, menggariskan beberapa cadangan pengurusan pandemik COVID-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan berdasarkan data dan sains dengan SOP yang jelas, serta bahasa yang ringkas dan mudah difahami semua pihak.
Dalam kenyataan malam tadi, beliau berkata, jika sesebuah kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah, maka ia perlu dikenakan PKPD selama 21 hari dengan:
- Moratorium pinjaman selama tiga bulan.
- Perlindungan sewaan selama sekurang-kurangnya dua bulan.
- Subsidi upah selama tiga bulan.
- Bantuan tunai kepada golongan B40 selama dua bulan.
- Ubah suai semula SOP ketika ini.
- Komunikasi jelas dengan semua pihak.
- Tingkat kapasiti dan kepantasan saringan melalui kerjasama dengan semua kerajaan negeri.
- Sistem pengesanan kontak rapat yang membolehkan perkongsian data antara pihak berkepentingan di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri.
- Pemvaksinan dos pertama terhadap seramai mungkin individu dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri.
- Memudahkan perkongsian awam dan swasta, perkasakan pengamal perubatan kerana mereka adalah penjaga kepada sistem perubatan.
- Jangan berpolitik. Beri tumpuan terhadap pandemik dan pengurusan ekonomi untuk semua.
Katanya, hanya dengan itu, Malaysia mempunyai peluang untuk melawan COVID-19.
#EMIR Research
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
#ekonomi
#politik