COVID-19: Tiada arahan tutup sekolah di Sabah - Sumber MKN

Isabelle Leong
Oktober 2, 2020 19:58 MYT
Sumber MKN memaklumkan bahawa setakat Jumaat (2 Oktober), tiada kenyataan akan dikeluarkan mengenai penutupan sekolah di Negeri Di Bawah Bayu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada arahan penutupan sekolah di seluruh Sabah setakat hari ini, menurut sumber daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini susulan laporan portal berita Bahasa Inggeris berhubung seorang guru yang didakwa meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, menurut sumber itu.
Sumber yang sama memaklumkan bahawa setakat Jumaat (2 Oktober), tiada kenyataan akan dikeluarkan mengenai penutupan sekolah di Negeri Di Bawah Bayu.
Katanya lagi, sebarang keputusan berkenaan penutupan sekolah tertakluk di bawah kuasa Kementerian Pendidikan (KPM).
Sementara itu, Astro AWANI sempat menghubungi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JKNS), Dr Mistirine Radin bagi mendapatkan pengesahan dan perincian lanjut berkenaan perkara itu.
Dr Mistirine berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat berhubung arahan penutupan sekolah daripada MKN dan KKM.
“Belum ada pengesahan ini,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.
#penutupan sekolah #MKN #Majlis Keselamatan Negara #Kementerian Kesihatan #KKM #sumber #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #JBPN Sabah #Kementerian Pendidikan #KPM #Jabatan Pendidikan Negeri Sabah #JKNS #Dr Mistirine Radin #Sabah
;