Syarikat penerbangan disaran mengurangkan jualan dan promosi murah terutamanya ke negara-negara yang dilanda COVID-19 bagi mengekang penularan virus berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul.
Beliau juga menggesa warga Thailand agar mengelakkan perjalanan tidak perlu ke negara-negara yang dilanda virus itu, sebaliknya melancong di dalam negara untuk membantu mengembangkan ekonomi domestik.
"Semua rakyat Thailand perlu berganding bahu mengekang penularan wabak dan menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terkesan oleh COVID-19.
"Bagi syarikat penerbangan, tolong kurangkan promosi... walaupun harga tiket dan pakej pelancongan murah tetapi rawatan (COVID-19) adalah mahal. Ia mungkin menjadi percutian terakhir anda," katanya pada taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Thailand mencatatkan tiga lagi kes baharu COVID-19, membabitkan pasangan suami-isteri warga tempatan dan cucu mereka, menjadikan jumlah kes di negara itu 40.
Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Dr Sukhum Kanchanapimai berkata pasangan suami-isteri warga emas itu mempunyai kontak dengan cucu lelaki berusia lapan tahun sekembalinya mereka dari Hokkaido, Jepun 23 Feb lepas.
"Mereka dipercayai dijangkiti COVID-19 ketika berada di Jepun dan ia berjangkit kepada cucu mereka apabila berlaku kontak dengan kanak-kanak itu ketika mereka tiba di tanah air," katanya dan menambah lelaki berusia 65 tahun itu kini dirawat di Central Chest Institute of Thailand manakala isteri dan cucunya dimasukkan ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di Nonthaburi.
Anutin turut mengkritik lelaki berkenaan yang tidak mendedahkan sejarah perjalanannya ketika pertama kali mendapatkan rawatan di hospital.
"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia berisiko menjadi penyebar utama penyakit itu... Jangan sembunyikan sebarang maklumat. Pesakit perlu maklumkan doktor mengenai sejarah perjalanan mereka," katanya.
Sehingga Rabu, Thailand merekodkan 40 kes disahkan COVID-19 membabitkan 26 warga asing dan 14 warga tempatan dengan 24 daripada mereka pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital manakala baki 16 lagi masih menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 26 2020
Anutin Charnvirakul menghadiri mesyuarat berhubung langkah menangani koronavirus di Bangkok, Thailand, 24 Feb, 2020. REUTERS
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Penggunaan kanabis akan diputuskan sebelum akhir tahun - KJ
Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan penanamannya.
Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand
Pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.
Thailand perhebat vaksinasi di empat wilayah selatan
Kementerian Kesihatan akan mengedarkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah selatan pada bulan ini.
Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).
Jepun akan sumbang vaksin COVID-19 kepada Thailand
Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeenca COVID-19 kepada Thailand dan penghantarannya dijadual pada Julai.
Vaksin COVID-19: Thailand mulakan kembali program vaksin AstraZeneca
Perdana Menteri Prayuth Chan O-Cha dan anggota kabinet antara yang terawal menerima suntikan AstraZeneca.
Thailand mulakan program vaksinasi minggu ini
Thailand akan menerima kumpulan pertama 200,000 daripada 2 juta dos vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal China itu hari ini.
COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.
Thailand peroleh tambahan 2 juta dos vaksin COVID-19
Thailand memperoleh tambahan sekurang-kurangnya dua juta dos vaksin COVID-19 yang akan dihantar antara Februari dan April ini, kata Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.
Gelembung perjalanan Thailand kecualikan pelancong santai asing
Thailand merancang membuka semula pintunya di bawah gelembung perjalanan kepada pelawat perniagaan dan pekerja profesional namun pelancong santai asing dikecualikan.