COVID-19: Suhaimi Sulaiman terajui TVS bersiaran daripada rumah

Firdaus Azil
April 18, 2021 12:09 MYT
Suhaimi Sulaiman berkata, ia sama sekali tidak mematahkan semangat kesemua staf mereka untuk memastikan berita dan penerbitan program diteruskan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Ekoran salah seorang kakitangan TV Sarawak (TVS), disahkan positif COVID-19, pihak pengurusan memaklumkan bilik berita stesen berkenaan terpaksa ditutup sementara, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Namun, bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TVS Suhaimi Sulaiman, ia sama sekali tidak mematahkan semangat kesemua staf mereka untuk memastikan berita dan penerbitan program diteruskan.
Lebih menarik, ikon penyiaran itu mengesahkan beliau sendiri menyertai penyampai berita dan wartawan TVS untuk bersiaran terus daripada rumah, dan lokasi lain.
“Memandangkan hampir kesemua staf TVS perlu bekerja daripada rumah, berita akan disampaikan pada jam 8 malam ini daripada rumah wartawan-wartawan penyiaran TVS menggunakan teknologi terkini.
“Antara mereka yang akan menyampaikan berita malam ini - Steward Dawi, Priscilla John, Nor Suhaida, Connie Grace, dan ramai lagi. Turut menyampaikan berita adalah Khairil Zharif Affindie yang disahkan positif COVID-19,” kata TVS dalam satu kenyataan hari ini.

Yes, our staff tested positive but we will continue to bring the latest news from Sarawak. TVS on Astro Ch 122 and myFreeview pic.twitter.com/qS5pNofehc

— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) April 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairil Zharif, menurut pihak pengurusan TVS lagi, akan turut bersiaran secara langsung dari pusat kuarantin khas.
“COVID-19 bukan alasan untuk kita tidak berkarya. Penonton mahukan berita yang terkini. Kita perlu jadi penyiar yang kreatif menggunakan cara terbaik untuk bersiaran dan berfikir secara lateral (dalam) menyelesaikan masalah,” katanya lagi.
#Suhaimi Sulaiman #TV Sarawak #TVS #Bilik berita #kuarantin #COVID-19 #positif COVID-19
;