COVID-19: Statistik melonjak, Malaysia rekod 3,142 kes baharu, Selangor tertinggi
Astro Awani
April 28, 2021 17:56 MYT
April 28, 2021 17:56 MYT
KUALA LUMPUR : Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 apabila merekodkan 3,142 kes baharu pada hari ini.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara sebanyak 401,593 kes.
Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan 1,019 kes.
Ini diikuti Kelantan (523), Kuala Lumpur (440), Sarawak (416), Johor (194) dan Kedah (120).
#kes baharu
#kes positif
#COVID-19
#KKM
#Malaysia
#statistik melonjak
#Dr Noor Hisham Abdullah
#selangor tertinggi
#peningkatan kes