COVID-19: Sistem kesihatan di 4 negeri akan lumpuh jika... - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Julai 7, 2021 19:54 MYT
Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat negeri yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Labuan.
"Kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini.
"Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku.
"KKM khuatir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera bagi meningkatkan lagi kapasiti merawat COVID-19 di lapangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihaknya iaitu:-
Justeru, beliau menasihati negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk terus mengamalkan kepatuhan penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan bagi memastikan situasi di negeri-negeri tersebut dapat terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #petugas kesihatan #COVID-19 #PKRC #SOP #ICU #KKM #Hospital Sungai Buloh #ekonomi #kapasiti hospital
;