COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi ini - KKMM

Bernama
April 16, 2020 10:25 MYT
Semak fakta sebelum sebar berita.
Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan bahawa 8,000 penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan Sendayan diarah menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan hanya mereka yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja perlu menjalani saringan COVID-19.
BACA: COVID-19: JKNNS perjelas isu kekeliruan arahan ujian saringan di Sendayan
BACA: JKNNS terima dua berita tular mengenai COVID-19
2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan kesahihan aktiviti pengumpulan maklumat peribadi orang ramai yang dijalankan oleh GC Berhad dan menjelaskan bahawa koperasi itu tidak berdaftar dengan SKM.
BACA: Pasukan Respon Pantas KKMM semak berita tular antara 30 minit hingga tiga jam - KSU
-- BERNAMA
#berita palsu #COVID-19 #JKNNS #KKMM #Pasukan Respon Pantas #pengumpulan maklumat peribadi #Sendayan #Suruhanjaya Koperasi Malaysia #Tular
;