COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9 pagi hari ini - KKMM

Bernama
Jun 17, 2020 11:07 MYT
Orang ramai dinasihat mendapatkan maklumat rasmi daripada laman web rasmi JPW dan MET Malaysia.
BERIKUT adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.
1. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menafikan telah mengeluarkan hebahan bertajuk "TERKINI: CARA PENDAFTARAN BANTUAN PENJANA IBU TUNGGAL RM300" seperti yang tular di media sosial.
JPW menjelaskan bahawa sehingga kini pihaknya masih belum membuka sebarang pendaftaran permohonan bantuan ibu tunggal secara online.
JPW juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang pendaftaran selain daripada yang dimuat naik daripada laman web rasmi JPW.
2. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan dakwaan berlakunya angin kuat dan hujan lebat dengan kekuatan angin mencecah kelajuan 45-50km/h (sekitar 23-30 knot) pada 16 Jun 2020 dari 8.37 pagi sehingga lewat petang di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
MET Malaysia menyarankan agar orang ramai mendapatkan maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada Jabatan Meteorologi Malaysia sahaja.
-- BERNAMA
#bantuan penjana #berita palsu tular #Jabatan Meteorologi #KKMM #MetMalaysia #Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia #penafian berita tular
;