COVID-19: Senarai berita palsu tular 10 pagi, 30 Mei - KKMM
Bernama
Mei 30, 2020 10:35 MYT
Mei 30, 2020 10:35 MYT
Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan "Takwim Persekolahan" seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp.
KPM menegaskan bahawa sebarang maklumat berkaitan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi KPM.
2. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan dakwaan menutup 37 premis perniagaan di pusat beli-belah terkenal di Taman Desa Tebrau kerana tidak mematuhi SOP PKPB.
MBJB menjelaskan bahawa arahan penutupan sementara dikeluarkan kerana premis tersebut didapati tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan
#koronavirus
#lesen perniagaan
#Majlis Bandaraya Johor Bahru
#MBJB
#media sosial
#Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Mal
#penafian berita tular
#SOP PKPB
#takwim pembukaan semula sekolah
#Takwim Persekolahan