COVID-19: Semua 19 individu positif Kluster Baiduri anggota polis

Astro Awani
Oktober 13, 2020 20:17 MYT
Dr Noor Hisham berkata KKM masih menjalankan siasatan mengenai punca jangkitan melibatkan Kluster Baiduri. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kesemua 19 individu yang dikesan positif dalam Kluster Baiduri di Cheras adalah anggota polis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan mengenai punca jangkitan yang dikesan ketika prapembedahan itu.
"Jadi dalam kes ini, iaitu saringan yang dijalankan adalah sebelum pembedahan dan individu tersebut didapati positif dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Saringan lanjut mendapati 18 lagi kes positif dan menjadikan jumlah setakat ini 19 kes melibatkan anggota polis," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook KKM di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Noor Hisham menjelaskan setakat ini 42 individu daripada kluster itu telah disaring dan KKM masih menunggu keputusan.
Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 16,880 kes.
Daripada jumlah itu, dua adalah kes import manakala 658 kes lagi adalah penularan tempatan.

Ini perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham berkaitan usaha kawalan untuk Kluster Baiduri yang membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia.#DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/ZpbMckrK3U

— Astro AWANI (@501Awani) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kluster Baiduri #anggota polis #COVID-19 #KKM #PKPB #Kluster baharu #kes saringan #pra pembedahan #Hospital Sungai Buloh
;