KUALA LUMPUR: Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 42.02 peratus dan 13.01 peratus daripada 47,811 kes direkodkan dalam tempoh seminggu pertama pada bulan Julai (1 hingga 7 Julai), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi kenyataan media semalam, beliau memaklumkan jumlah ini mencatatkan peningkatan daripada 38.33 peratus dicatatkan di Selangor dan 12.29 peratus di Kuala Lumpur daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 hingga 30 Jun lepas.
Katanya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai, aktiviti kesihatan awam termasuk saringan bersasar dapat dijalankan dengan lebih bertumpu.
"Aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala telah dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes COVID-19. Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
"Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menjalankan saringan ke atas 10 peratus daripada penduduk yang tinggal di kawasan PKPD terbabit dan keutamaan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi. Justeru, jumlah kes harian COVID-19 dijangka meningkat berikutan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan awam," katanya.
Katanya PKPD yang dilaksanakan adalah berdasarkan penilaian risiko di kawasan terbabit dan hasil saringan bersasar ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD.
Beliau memaklumkan beberapa tindakan telah diambil bagi menangani keadaan kritikal itu berikutan peningkatan kes yang mendadak ini, termasuk meneruskan aktiviti penyumberluaran ke hospital dan makmal swasta bagi membantu meningkatkan kapasiti KKM menangani COVID-19.
Keputusan untuk penyumberluaran itu dibuat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dr Noor Hisham berkata antara tindakan penyumberluaran adalah meluluskan peruntukan penyumberluaran perkhidmatan perubatan bagi mengurangkan masa menunggu pesakit khususnya yang perlu menjalani pembedahan atau prosedur kritikal seperti rawatan jantung dan kanser.
"Ini akan memberi lebih banyak ruang dalam hospital KKM untuk menangani kes COVID-19 yang perlu dimasukkan ke hospital dan pada masa yang sama memastikan rawatan kepada kes-kes bukan COVID-19 dapat terus diberikan," katanya.
Beliau berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM11 juta pada 2020 bagi aktiviti penyumberluaran perkhidmatan perubatan yang melibatkan 31 hospital swasta dengan 3,741 pembedahan dan prosedur berjaya dilaksanakan dan untuk tahun ini peruntukan sebanyak RM39,087,983 diagihkan kepada 14 negeri bagi tujuan sama dengan setakat ini, 72 hospital swasta seluruh negara terlibat dalam aktiviti berkenaan.
"Susulan daripada peningkatan kes yang mendadak di kawasan Lembah Klang, Hospital Kuala Lumpur telah mempertingkatkan aktiviti penyumberluaran kepada hospital-hospital swasta yang berdekatan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata sejak 6 Julai, seramai 25 pesakit dihantar ke hospital swasta dengan anggaran empat pesakit dihantar setiap hari.
Beliau berkata seramai 993 pesakit dianggarkan akan dihantar mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam jangka masa enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM18 juta.
Sementara itu, beliau memaklumkan perkhidmatan makmal juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti awam dan swasta serta makmal swasta diiktiraf untuk menambah kapasiti ujian COVID-19.
Katanya sehingga kini, kapasiti ujian RT-PCR bagi semua makmal terlibat adalah sebanyak 116,803 ujian sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021

Dengan pelaksanaan PKPD di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai, aktiviti kesihatan awam termasuk saringan bersasar dapat dijalankan dengan lebih bertumpu. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.