COVID-19: Selangor kekal tertinggi kes positif, berikut lima tumpuan kenyataan KKM hari ini

Astro Awani
Mac 23, 2021 18:26 MYT
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (29 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Jalan Awang (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM 23 Mac:
1. 1,384 kes baharu, jumlah kumulatif 335,540 kes.
2. 1,058 kes sembuh, jumlah kumulatif 319,842 kes.
3. 6 lagi kematian, jumlah kumulatif 1,244 kes.
4. 3 kluster baharu direkod, jumlah keseluruhan 1,310 kluster.
5. Selangor kekal negeri tertinggi kes baharu 625 kes (45.2 peratus).
#COVID-19 #kluster #baharu #penjara #Depot Tahanan Imigresen #kematian #jumlah kematian #Dr Noor Hisham Abdullah
;